Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan tahun lalu, industri pelancongan antara sektor ekonomi yang terjejas teruk dan melalui fasa sukar untuk meneruskan perniagaan.
Sektor perhotelan sebagai contohnya bakal berdepan situasi buruk seperti penutupan hotel, tahap perkhidmatan akan menurun dan kakitangan kehilangan pekerjaan.
Bagi mengelak situasi seperti itu berlaku, bermacam inisiatif dilakukan pihak terbabit bagi meneruskan perniagaan seperti sedia kala.
Jika sebelumnya kita melihat beberapa hotel menawarkan pembungkusan makanan dengan harga mampu beli, langkah yang sama turut dilakukan pihak pengurusan Hotel Seri Pacific yang berlokasi di Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Bezanya hotel ini menjual makanan dengan konsep pandu lalu dan semua makanan sudah tentu disediakan oleh chef hotel itu sendiri.
Pelanggan hanya perlu datang, pesan makanan dan tunggu makanan mereka dihantar ke kereta masing-masing.
Bukan sahaja lebih mudahkan pelanggan, malah orang ramai juga boleh menikmati masakan chef hotel bertaraf lima bintang kerana harga yang dijual lebih murah.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply