Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABoleh kurangkan 60 peratus berat badan dalam tempoh dua tahun, ini info...

Boleh kurangkan 60 peratus berat badan dalam tempoh dua tahun, ini info pembedahan Pintasan Perut boleh kurangkan berat badan

Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan, namun masih tidak menemui jalan keluar?

Walaupun pelbagai kaedah telah diusahakan seperti senaman, menjaga pemakanan dan menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat, tetapi masih belum berjaya mendapatkan berat badan ideal, tambahan BMI sudah hampir mencecah angka 40.

Keadaan semakin parah dengan kehadiran penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan.

Anda benar benar mahu melakukan perubahan? Bagiamana dengan pembedahan Bariatrik?

Perkongsian oleh Public Health Malaysia mengenai kaedah pembedahan secara pintasan perut ini mungkin boleh dijadikan solusi.

Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut ini bukan sekadar untuk kurus tetapi tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

Kaedah ini sesuai dijalankan keatas mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

Pembedahan ini BUKAN pembedahan kosmetik.

Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

Hasilnya, berat badan akan berkurangan. Pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap dua serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh dua tahun.

Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim Sepahtu, Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments