Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAZambry Kadir hadiri Retreat UMNO Kedah untuk perkukuh strategi pasca PRU16

Zambry Kadir hadiri Retreat UMNO Kedah untuk perkukuh strategi pasca PRU16

ALOR SETAR, 8 Februari – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Zambry Kadir, menghadiri Retreat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Retreat itu bertujuan membincangkan dan merangka perancangan awal bagi kepimpinan 15 Bahagian UMNO Negeri Kedah dalam menilai gerak kerja menghadapi pilihan raya akan datang.

Pada masa yang sama, pelbagai program khidmat kepada rakyat akan diteruskan serta ditambah baik.

“Semoga UMNO Negeri Kedah terus istiqamah dan mampu bangkit semula,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, BN tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Kedah, manakala Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

Retreat berkenaan menjadi platform penting bagi UMNO Negeri Kedah untuk memperkukuh strategi dan memastikan kesiapsiagaan jentera parti dalam menghadapi cabaran politik semasa.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments