Zaid Ibrahim dilantik Pengerusi DAP Kelantan

0

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dilantik menjadi pengerusi protem DAP Kelantan.

Pelantikan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat yang turut melantik 16 anggota jawatankuasa, AJK protem yang lain.

Perkara itu diumumkan dalam acara penyerahan cek peruntukan kepada pertubuhan-pertubuhan di Dewan Besar Tok Kong Mek, Kampung Cina, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Zaid, penubuhan AJK protem itu adalah langkah bagi memperkuat kedudukan parti dalam mendekati rakyat di Kelantan dengan lebih rapat.

“Kami berpendapat DAP harus memberi penjelasan untuk lebih menjawab tuduhan dari parti politik lain kononnya ini parti Cina, rasis, komunis.

“Ini tak menguntungkan sesiapa, malah memberi mudarat kepada kita,” katanya.

Ujar Zaid, beliau akan memberi tumpuan untuk memberi penjelasan dan menjawab kebimbangan rakyat, khususnya orang Melayu di Kelantan dan menjelaskan mengapa mereka perlu berfikiran lebih terbuka serta lebih memahami keperluan masyarakat.

Untuk rekod Zaid yang juga seorang peguam pernah menjadi menteri selama beberapa bulan pada 2008, dan pernah menganggotai Umno, PKR, Kita sebelum menjadi ahli DAP sejak 2017 hingga kini. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply