Sunday, September 8, 2024
HomeDUNIAIsu Syria : Mati kesejukan dan kelaparan

Isu Syria : Mati kesejukan dan kelaparan

Pengeboman berterusan regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia di bahagian utara Syria memaksa keluarga kanak-kanak bernama Arwa melarikan diri dari kampung halaman yang terletak di pinggir Hama.

Matlamat mereka hanya satu, mencari tempat selamat untuk berlindung bagi mengelak menjadi korban atau tercedera dalam serangan.

Trauma yang ditanggung tidak berpenghujung. Sewaktu kekalutan menyelamatkan nyawa, Arwa telah terpisah bersama anggota keluarga yang lain.

35 hari selepas hilang, akhirnya pada 9 Januari dia ditemui di Afrin.

Namun hanya jasad yang tinggal.

Arwah kaku dan tidak lagi bernyawa.

35 hari selepas hilang, Arwa akhirnya ditemui mati di Afrin.

Orang dewasapun boleh tumbang apatah lagi kanak-kanak.

Mustahil dia dapat bertahan dalam kesejukan dan kelaparan dalam tempoh yang panjang.

Apa yang berlaku kepada Arwa, sebahagian jutaan kisah pelarian Syria yang ketika ini berdepan dengan operasi berterusan tentera regim Bashar dan sekutunya, Rusia.

Meskipun pada Khamis, Rusia mengumumkan gencatan senjata yang dipersetujui Turki namun pencabulannya tetap berterusan.

Sehingga pagi Jumaat 10 Januari 2019, pengeboman masih dilakukan di kawasan orang awam di Maarat al Nu’man.

Laporan Razali Awang Media Syria Care untuk The Malaya Post.

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments