Monday, May 27, 2024
HomePOLITIKRafizi Ramli 'budak bangang', tak faham asas perlembagaan - Khairuddin Abu Hassan

Rafizi Ramli ‘budak bangang’, tak faham asas perlembagaan – Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR 11 Jan : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membidas kenyataan Rafizi Ramli yang disifatkan terlampau mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk serah kuasa.

Rafizi terdahulu dalam kenyataannya pada akhbar South China Morning Post berkata “tetapkan tarikh peralihan kuasa atau tarikh itu akan ditetapkan secara paksa dan undian oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan”.

“Saya cabar kuncu-kuncu penyangak Anwar Ibrahim untuk terus mencuba turunkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan Perdana Menteri secara paksaan” ujar Khairuddin dalam kenyataan media kepada The Malaya Post.

Menurut beliau, undian di Majlis Presiden adalah tidak relevan, kerana hanya undi dan sokongan majoriti Ahli Parlimen di Parlimen yang dapat menentukan kedudukan seseorang Perdana Menteri.

“Tekanan dari Majlis Presiden PH tiada ertinya kerana pada akhirnya undian melalui proses Parlimen yang diterima pakai”

“Saya nak tanya Rafizi Ramli kalau Majlis Presiden PH tolak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri tetapi dalam Dewan Rakyat majoriti ahli-ahli Parlimen menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, undian mana yang diterima pakai?”

“Undian dari Majlis Presiden PH atau Dewan Rakyat yang bakal menentukan Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menerajui kepimpinan nombor satu negara” kata Khairuddin.

Beliau turut menasihatkan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak terus bermimpi di siang hari.

“Kepada para penyokong ‘otak udang’ Anwar Ibrahim janganlah terus hendak bermimpi di siang hari. Saya takut mereka akan terus penat bermimpi dan berkhayal sehingga tempoh pilihanraya umum ke 15 kelak”

Mengakhiri kenyataan, beliau turut mencabar penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan usul undi tidak percaya pada sidang Parlimen bulan Mac akan datang.

“Kalau Anwar Ibrahim ada cukup sokongan dalam dewan rakyat tolong jangan tunggu lagi. Pada pembukaan sesi parlimen bulan Mac tahun 2020 nanti bawalah usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekiranya berjaya Anwar ibrahim boleh terus angkat sumpah bagi menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia”, katanya.

Kelmarin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan, tanpa tarikh peralihan kuasa, rakyat semakin hilang sabar dan PH mungkin terpaksa memilih langkah untuk memaksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berundur.

Rafizi turut berkata tanpa tarikh persaraan yang jelas, cara ‘paksa’ untuk membuat peralihan kuasa boleh dilakukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap perjanjian berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments