Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAAnggota kumpulan K-Pop LOONA, Haseul direhatkan dari aktiviti seni kerana Depresi

Anggota kumpulan K-Pop LOONA, Haseul direhatkan dari aktiviti seni kerana Depresi

Agensi Blackberry Creative mengeluarkan satu kenyataan bahawa salah seorang artis rakamannya iaitu Haseul tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti promosi buat sementara waktu.

Pengumuman itu dimaklumkan kepada para peminat mengenai masalah kesihatan yang di alami oleh anggota kumpulan LOONA berkenaan.

Kumpulan K-pop LOONA, Haseul dipercayai mengalami tanda-tanda keresahan dan kebimbangan yang berulang.

Oleh kerana itu, Haseul diminta berehat sementara daripada meneruskan aktiviti seni dan hanya menumpukan terhadap rawatan sepenuhnya.

Agensi kumpulan tersebut telah membuat keputusan untuk Haseul berehat dan meluangkan masa bersama keluarga sambil memulihkan kesihatan mentalnya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, sebelas ahli LOONA yang lain akan tetap meneruskan promosi album terbaru mereka berjudul # (Hashtag) seperti yang telah dijadualkan.

Pada 13 Disember 2019, LOONA melancarkan single terbaru mereka berjudul “365” sebagai penghargaan untuk peminat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments