Sultan Oman, Qaboos bin Said telah mangkat, menurut satu pengumuman oleh televisyen negara dan agensi berita negeri terbabit awal hari ini.
“Dengan kesedihan … Mahkamah Kesultanan Oman berkabung … Sultan Qaboos bin Said … yang Allah pilih untuk berada di sisiNya pada petang Jumaat,” kata agensi itu.
Tambahnya, Sultan Qaboos meninggal dunia selepas “bijaksana dan berjaya dengan kemurahan hati yang memeluk Oman dan diperluaskan sehingga ke Arab, Muslim dan seluruh dunia, dan mencapai dasar seimbang yang dihormati oleh seluruh dunia.”
Tempoh tiga hari berkabung telah diumumkan di Oman dan bendera negara akan dikibarkan separuh tiang selama 40 hari.
Dilaporkan pada hari ini, Oman menamakan Haitham bin Tariq Al Said sebagai pemerintah baru.
Bekas Menteri Kebudayaan, 65, telah bersumpah sebelum majlis dewan pemerintah pada hari Sabtu, lapor media tempatan negara terbabit.
Sultan Qaboos merupakan raja Arab yang paling lama memerintah. Qaboos telah lama jatuh sakit selama dan dipercayai menghidap kanser kolon serta berada selama seminggu di Belgium untuk menjalani rawatan perubatan pada awal Disember.
Sultan Qaboos, 79, memerintah Oman sejak menggulingkan bapanya dalam rampasan berdarah pada tahun 1970.
Sejak memegang kuasa, Sultan Qaboos mengubah Oman dari kawasan terpencil dengan tidak mempunyai kemudahan infrastruktur, menjadi sebuah negara moden.

Leave a Reply