Zahirah MacWilson selamat lahirkan bayi lelaki Selasa lalu

0

Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Zahirah Mac Wilson selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Selasa yang lalu.

Hanya berkongsi sebahagian wajah bayi yang jelas berlesung pipit di platform media sosial Instagram peribadinya, ibu muda ini menzahirkan rasa terharu dan dengan penuh kesyukuran menyatakan ini adalah ‘pemberian’ terbaik yang pernah diterimanya.

Perkongsiannya menerima beribu tanda suka dan juga ucapan tahniah dari pengikut dan rakan artis.

Antara selebriti yang turut meninggalkan ucapan ialah Lisa Surihani, Mira Filzah, Janna Nick, Siti Saleha, Niena Baharun, Mimi Lana, Azira Shafinaz, Sherry Alhadad, Sharnaaz Ahmad, Izara Aishah, Catriona Ross, Elvina, Zarina Zainuddin, Emma Maembong dan Tasha Shilla.

Dia kini menjalani tempoh berpantang di Perth, Australia bersama keluarga Zahirah dan turut ditemani suami tersayang, pelakon Aiman Hakim.

Tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini dan selamat menjalani tempoh berpantang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply