Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATUDM hantar bantuan ke Temerloh

TUDM hantar bantuan ke Temerloh

Berikutan keadaan banjir yang semakin buruk, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatur gerak dua Helikopter EC725 AP dari 10 Skuadron bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa di sekitar daerah Temerloh, Pahang.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh yang masih belum surut menyebabkan banyak laluan ke kawasan penempatan tidak dapat dilalui kenderaan darat bagi menghantar bantuan.

Kira-kira lapan penerbangan dilaksanakan oleh No 10 Skuadron untuk membawa lebih kurang 6.6 tan bekalan makanan dan keperluan asas.

Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawa ke dua pusat pengumpulan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh dan Kem Batu 3 untuk diagihkan ke kawasan terjejas.

Selain itu, TUDM turut menghantar lima enjin bot 40 kuasa kuda bagi kegunaan Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bagi melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan ke kawasan terjejas menggunakan bot.

Operasi diketuai Mejar Mohd Asrul Junid bersama 18 anak kapal terbabit bagi menjayakan misi penghantaran bekalan makanan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments