Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,451 kes baharu, lima kematian hari ini

COVID-19 : 2,451 kes baharu, lima kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,451 kes baharu membabitkan 2,447 kes tempatan dan empat kes import.

Catatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 133,559 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,401 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 106,832 kes (80%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 26,185 orang (19.6%) manakala 177 pesakit berada di ICU dan 82 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan lima kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 542 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments