Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAWisma Putra ambil langkah segera laksana persiapan rapi membawa pulang warga Malaysia...

Wisma Putra ambil langkah segera laksana persiapan rapi membawa pulang warga Malaysia di Iran dan Itali

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein memaklumkan susulan pengumuman Perdana Menteri membawa pulang 323 rakyat di Itali dan 65 warga Malaysia di Iran, Wisma Putra mengambil langkah segera melaksanakan persiapan rapi membantu melancarkan proses membawa pulang rakyat ke tanah air.

“Keputusan ini dibuat antara lain mengambil kira maklumat Wisma Putra berhubung situasi semasa di Itali dan Iran yang saya kongsikan kepada YAB Perdana Menteri sewaktu Mensyuarat Khas #Covid19 kelmarin.

“Wisma Putra melalui Perwakilan Malaysia di Itali dan Iran sedang melaksanakan persiapan rapi bagi membantu.

“Persiapan ini termasuklah mengenal pasti kedudukan semua rakyat Malaysia di sana serta memastikan mereka mendaftarkan diri dengan Perwakilan dan amat penting bagi memudahkan mereka mendapat maklumat yang tepat serta terkini berhubung misi bawa pulang ini,” ujar beliau.

Beliau turut menyeru warga Malaysia di Itali, Iran juga semua negara yang terjejas akibat COVID-19 kekal tenang dan bersabar serta berjanji kerajaan serta Wisma Putra akan memberi bantuan yang terbaik.

Dalam pada itu, beliau berharap warga Malaysia terus berhubung dari masa ke masa dengan Perwakilan negara dan meminta semua berdoa agar perancangan berjalan lancar.

Rakyat Malaysia yang berada di Iran dan Itali boleh berhubung dengan para perwakilan negara melalui talian :

Kedutaan Malaysia di Iran :

Phone no : 00(9821)8807 2444

Emel : mwtehran@kln.gov.my

Kedutaan Malaysia di Itali :

Phone no : +39 068415764 atau +39 068417026 atau +39 068411339

Emel : mwrome.kln@1govuc.gov.my

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments