Penyanyi dan penulis lirik, Max Schneider mengumumkan bakal berkolaborasi dengan artis dari Korea Selatan.
Menerusi perkongsian video, penyanyi yang dikenali secara profesional dalam muzik sebagai Max berkata, dia telahpun mendapatkan vokal yang sesuai untuk album terbarunya.
Malah, penyanyi Amerika ini akan menampilkan artis korea misteri didalam albumnya akan datang.
Pengumuman itu di platform Instagram telah membuatkan para peminat memenuhi ruangan komen dengan menulis nama anggota BTS iaitu Suga.
Rata-rata peminat meneka bahawa Max akan berkerjasama dengan idol, Suga atau nama aslinya Yoon-gi.
Firasat peminat Max kuat mengatakan kolaborasi itu akan dilakukan bersama Suga oleh kerana penyanyi antarabangsa ini sering kali memuat naik foto bersama K-Pop idol terbabit.
1ST LAKERS GAME WITH MY BROTHER SUGA. MAMBA FOREVER pic.twitter.com/GKztrVJRgW
— MAX (@MAXMusic) February 1, 2020
Sejak dari itu, peminat berharap suatu hari nanti kedua-dua pemuzik ini dapat berkerjasama dalam satu karya.
CONGRATS TO MY BROTHER SUGA, AND THE WHOLE @BTS_twt FAMILY ON THEIR NEW ALBUM.
SO AWESOME! pic.twitter.com/XrUogWrMdW— MAX (@MAXMusic) February 21, 2020
Interaksi terbaru Max dengan anggota BTS itu telah membuatkan ramai peminat percaya bahawa Suga adalah artis Korea misteri yang dimaksudkannya.
MY NEW BROTHER SUGA pic.twitter.com/RqM9zHWSPY
— MAX (@MAXMusic) January 14, 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply