Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAAhli Parlimen Sarikei positif COVID-19

Ahli Parlimen Sarikei positif COVID-19

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi berita Ahli Parlimen Sarikei, YB Wong Ling Biu didapati positif COVID-19.

Beliau turut mendoakan supaya YB Wong Ling Biu berada dalam keadaan stabil dan segera pulih.

Di samping itu, beliau sempat menitipkan pesanan supaya rakyat Malaysia mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pada hari Jumaat yang lalu Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah proaktif mengenai usaha Kerajaan bagi membendung penularan wabak ini. Amalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa dan patuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia” tulis beliau di laman Facebook miliknya.

Antara langkah-langkah yang disarankan adalah:

i – Cuci tangan dengan sabun sekerap mungkin
ii – Pakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka
iii – Tutup mulut dengan tangan atau tisu ketika bersin atau batuk
iv – Elakkan bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments