Sunday, May 12, 2024
HomeBERITADiana Danielle pertikai kelayakan King Coco dipilih Ketua Srikandi Bagan Serai

Diana Danielle pertikai kelayakan King Coco dipilih Ketua Srikandi Bagan Serai

Baru-baru ini King Coco atau Marshaira Ismail yang pernah mencetuskan kontroversi “bercakap pelat” dan mendakwa dirinya “a lot of mix” telah dipilih menjadi Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Bagan Serai.

Pemilihan berkenaan nyata mengejutkan banyak pihak terutama warga maya.

Pelakon, Datin Diana Danielle berkongsi luahan dan pendapatnya yang jelas tidak bersetuju dengan pemilihan King Coco sebagai Ketua Srikandi.

Diana memuat naik entri di laman Instagramnya bersuara serta mempertikaikan mengenai kelayakan King Coco sebagai Ketua Srikandi.

“Keluarga saya asal Bukit Merah, saya kecewa dgn perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai”, tulis Diana.

View this post on Instagram

Keluarga saya asal Bukit Merah, saya kecewa dgn perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai. Petikan dari ikim.com.my tentang harapan rakyat dan tanggungjawab Wakil Rakyat – Peranan Wakil Rakyat Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz June 23, 2015 Apakah harapan kita kepada para wakil rakyat? “Wakil Rakyat” merupakan mereka yang dipilih sebagai wakil menerusi sistem pilihan raya. Secara umumnya terdapat tiga fungsi utama para wakil rakyat. Pertama, sebagai mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat; Kedua, sebagai pembuat atau penggubal undang-undang (legilatif) dan Ketiga, sebagai mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif. Wakil Rakyat Sebagai seorang yang dipilih sebagai wakilsalah satu peranan utama mereka ialah mewakili rakyat kawasan pilihan rayanya. Justeru, wakil rakyat tersebut menggalas amanah besar yang hendaklah ditunai dengan jujur dan bijaksana sebagaimana kehendak mereka yang berada di daerah pilihan rayanya. Wakil rakyat itu bukan sahaja mewakili rakyat yang mengundi mereka semasa pilihan raya tetapi juga rakyat yang tidak menyokong atau tidak mengundi mereka semasa pilihan raya. Dalam perkhidmatan wakil rakyat, hendaklah wujud ruang-ruang untuk rakyat berhubung bagi mendapatkan maklumat dan bantuan. Selain itu kepentingan rakyat boleh dijaga dengan sealuran bantuan serta projek-projek tempatan. Wakil rakyat hendaklah menyediakan akses maklumat kepda rakyatnya tentang mengenai agenda penting negari atau negara. Wakil rakyat juga perlu melibatkan rakyat dan menjelaskan peranan mereka dalam konflik serta perlu membina konsensus dan mencapai penyelesaian. Wakil rakyat perlu responsif kepada keperluan rakyat. . http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2015/06/23/peranan-wakil-rakyat/

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Diana turut memetik petikan Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz yang bertarikh 23 June 2015 tentang harapan rakyat serta tanggungjawab dan peranan Wakil Rakyat.

Menurutnya, secara umumnya terdapat tiga fungsi utama para wakil rakyat iaitu yang pertama, sebagai mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat; Kedua, sebagai pembuat atau penggubal undang-undang (legilatif) dan Ketiga, sebagai mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif.

Di ruangan komen pula timbul pertelingkahan komen yang membela King Coco dengan mengatakan wanita berkenaan hanya menjadi Ketua Srikandi sahaja dan bukan memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Namun menurut Diana, buat masa sekarang memang dia hanya Ketua Srikandi, namun dia tidak bersetuju jika hanya mahu menegur dan bersuara perlu menunggu King Coco menjadi seorang wakil rakyat.

Kenyataan yang disuarakan oleh Diana mendapat sokongan dari warganet yang lain dan menurut mereka meskipun hanya Ketua Srikandi namun individu berkenaan haruslah individu yang berpendidikan dan mempunyai latar belakang yang bagus serta dari golongan profesional.

Mereka juga menuntut dan mahu seorang ketua yang berwibawa serta bersih dari sebarang kontroversi.

Nota : Iya, kami pun bersetuju juga dengan pendapat ramai. Pemimpin sesebuah parti walau hanya di peringkat cawangan, kredibiliti serta kelayakan seseorang perlu diutamakan. Tetapi ingin diperbetulkan sedikit. King Coco bukan dilantik tetapi dipilih oleh para perwakilan parti. Boleh sahaja jika mahu bersuara namun perlu tahu serba sedikit perlembagaan dalam sesebuah parti. Perkataan dilantik dan dipilih itu berbeza.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments