Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAWarganet dakwa produk "Kekasih by Melvin" mengandungi merkuri merbahaya, pelakon Syatilla Melvin...

Warganet dakwa produk “Kekasih by Melvin” mengandungi merkuri merbahaya, pelakon Syatilla Melvin gesa pengguna Twitter buat permohonan maaf secara terbuka

Tular di media sosial, isteri kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam, Syatilla Melvin atau lebih mesra disapa Tilla ingin menyaman seorang pengguna Twitter.

Pemasalahan ini mula timbul apabila seorang wanita yang memuatnaik tweet dilaman twitternya dan membuat tuduhan produk kosmetik Tilla iaitu Kekasih by Melvin mempunyai kandungan “mercury” yang merbahaya kepada pengguna.

Wanita yang dikenali sebagai Atensyazz itu telah memuatnaik status berkenaan dan berkata bahawa salah seorang rakan pejabatnya telah membeli lipmatte dari jenama Kekasih by Melvin.

“Never trust makeup yang local produced, especially artis2 tah mana2 dorang dapat tah. Recently, staff kat office beli lip cream Kekasih yang Syatilla Melvin punya tu, then tested dengan xrf, ada element traces, yeah and guess what, mercury. Not surprising pun”

“Local product especially makeup ni kalau marketing power gila mostly (tak semua) mesti ada benda pelik2 ni. Rnd investment on makeup and skincare tak murah okey. Unless mmg dah establish lama” tulisnya di laman Twitter.

Syatilla yang kemudiannya memuatnaik paparan skrin status berkenaan bersama gambar wanita yang telah memfitnah produk keluarannya.

Kesal dengan tindakan itu, pelakon terbabit telah meminta wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka dan jika gagal Syatilla akan mengambil tindakan undang-undang di atas dakwaan terbabit.

Susulan kenyataan tegas pelakon itu, tidak lama kemudian Syatilla sekali lagu memuatnaik satu keping gambar tweet dari wanita itu yang telah pun membuat permohonan maaf di atas status yang dikongsinya.

“Terlajak perahu boleh undoq balik,terlajak londeh kain,muka dapat malu.. social media teramat bahaya. Dlm 1min, 1dunia boleh tahu semua!saya terima permohonan maaf dia yg telah memfitnah saya.semoga takkan berulang lagi♥️mohon allah luaskan lagi rezeki @kekasih_hq #takotmukakenasagatlettew ♥️” tulis Syatilla Melvin.

Sehingga kini akaun milik Atensyazz sudah tidak dapat diakses dan berkemungkinan akaun twitternya sudah ditutup atau disekat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments