Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPlease do not do this at home! - Dr Amalina Bakri

Please do not do this at home! – Dr Amalina Bakri

“Please DO NOT do this at home! Picture credit : Public Health Malaysia” tulis pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom, Dr.Amalina Bakri bersama sekeping gambar “hand stand” seorang bayi perempuan.

https://twitter.com/DrAmalinaBakri/status/1183717365311266816?s=08

Aksi yang kini menjadi ikutan dan ‘trending’ para ibu bapa pada mulanya dimuatnaik oleh pelakon Hairul Azreen pada anak sulungnya, Yusuf Iskandar dan kini dilakukan pada anak perempuannya, Alisa Aisyah, empat bulan.

Menurut Dr Amalina, aksi itu amat merbahaya kepada kanak-kanak terutama bagi seorang bayi kerana otot kaki bayi masih belum kuat untuk menampung tubuh badannya semasa berdiri.

Akibatnya tekanan yang kuat berlaku pada lutut bayi dan berisiko kepada tulang kaki bayi berkenaan yang berkemungkinan besar menjadi bengkok.

Disamping itu, bayi juga berisiko untuk terjatuh dan mendapat kecederaan di kepala dan juga boleh menyebabkan tulang bayi patah.

Majoritinya ramai yang tidak bersetuju dengan aksi berkenaan dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak kecil secara khususnya.

Antara komen-komen warganet;

“Nasihat ini terguna pakai bila terkena batang hidung sendiri dan masa itu pentingnya ilmu dan menerima teguran dari org lain. Jangan jadi bodoh sombong” -Aarol Rjunaidy

“Yang tak buat jangan kata pulak “nasib baik aku tak buat, yang buat tu tak fikir anak dia ke?”

Awak pun tak fikir, sebab awak tak tahu. Jangan bajet tahu. Dan ya saya setuju trend ini harus dihentikan.” -Ainaza Arizie

“Ni bahaya ni..pernh tgk youtube budak kecik tu jatuh terus ke tanah,mak dia tangan x grip..” -Spanar_Tork

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments