Friday, May 17, 2024
HomeBERITAWarga media kutip sumbangan bantu keluarga jurukamera CNA yang maut akibat kemalangan

Warga media kutip sumbangan bantu keluarga jurukamera CNA yang maut akibat kemalangan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Petugas-petugas media meliputi agensi berita dan organisasi media tempatan dan luar negara memberi sumbangan kewangan untuk keluarga jurukamera agensi berita, Channel News Asia (CNA), Khairul Azman Zainuddin.

Khairul maut dalam nahas motosikal di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, Ahad lalu.

Sumbangan diserahkan wakil media kepada isteri Allahyarham Khairul siang tadi.

Menurut jurukamera The Malaya Post, Mohd Kamal Ishak, kutipan dikumpul sejak minggu lalu mencecah belasan ribu ringgit.


“Kroll seorang yang mudah mesra  serta disenangi oleh semua, dengan tingkah lakunya  sedemikian pemergiannya amat meruntun jiwa  dan suatu kehilangan yang besar oleh keseluruhan sahabat yang mengenali beliau.

“Hari ini 11hb Jun 2023 sebahagian dari sahabat media telah ke rumah adik Allahyarham Khairul di Setiawangsa untuk menyampaikan duit sumbangan hasil sumbangan dari sahabat Media pelbagai agensi.

“Turut hadir wakil Aljazeera Malaysia, Ditto, CCTV Malaysia, Sanggam, Amir dari Berita Harian dan Yus Suara Keadilan mewakili yang lain telah memberi hasil sumbangan itu”, katanya kepada The Malaya Post.

Sumbangan diserahkan kepada isteri Allahyarham yang juga kakitangan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah, Normila Ismail.

“Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan dari rakan-rakan media kepada suami saya Khairul Azman Zainuddin.

“Saya tak dapat luahkan dengan kata-kata betapa besarnya sumbangan yang diberi. Terima kasih di atas kasih sayang dari semua rakan-rakan media. Semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Salam takziah dari kami warga The Malaya Post untuk seluruh keluarga Allahyarham Khairul. Al Fatihah.

“Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu.”–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments