Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAJom cuci masjid edisi ke-43 di Port Dickson

Jom cuci masjid edisi ke-43 di Port Dickson

Program Jom Cuci Masjid atau JCM, diteruskan apabila memilih Masjid Qariah Kg Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.lokasi ke-43, untuk aktiviti amal dan kemasyarakatannya.

Sekaligus masjid ini, yang keempat, dipilih dalam kalender aktiviti JCM tahun ini.

Seawal jam 8.30 pagi, peserta “Jom Cuci Masjid” sudah mula berkumpul di R & R Mambau, Lebuhraya Seremban – Port Dickson, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara “Flag Off” peserta dan Bikers.

Program kali ini turut menerima suntikan semangat apabila buat kali pertama, berkalaborasi dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang sama-sama menghantar sukarelawan Coopcare, lebih 20 orang.

Malah, Presiden Angkasa, merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr.Abdul Fattah Abdullah, turut turun padang.

Program kali ini, menerima sambutan lebih baik apabila selain kira-kira 200 penunggang tempatan, ia disertai lebih 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari negara jiran, Singapura dan Thailand.

Setibanya di lokasi, peserta berehat sebentar dengan bersarapan.

Peserta turut berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan yang disediakan Hospital Port Dickson.

Sebelum memulakan kerja pembersihan dan mencuci, seperti kelaziman peserta melakukan Solat Dhuha berjemaah.

Diikuti taklimat tugasan peserta oleh Presiden Malaysian Army Bikers. Abdul Hamid Mahmud.

Kira-kira jam 10 pagi, kerja membersih dan mengecat masjid serta kawasan sekitar oleh peserta dan penduduk kampung bermula.

Peserta turut melakukan kerja membersih Tanah Perkuburan Islam Kg Sawah Sunggala.

Selesai tugasan masing-masing, peserta bergerak untuk memulakan sesi Bicara Santai” bersama Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang juga Presiden Sifu Bikerz, serta Penceramah Jemputan, yang juga bekas selebriti, Shamsul Ghau-Ghau, di Tanah Perkuburan Islam Kg Sawah Sunggala.

Selesai semua tugasan, peserta bergerak semula ke kawasan masjid untuk solat Zohor berjemaah, diikuti makan tengahari.

Menurut Presiden Koperasi Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, dalam usaha Angkasa untuk mempromosikan konsep masjid bukan tempat ibadat harian semata-mata, sebaliknya masjid menjadi pusat kecemerlangan sepertimana zaman Rasulullah S.W.T .. bukanlah tempat orang sembahyang, mengaji tapi juga merupakan segala aktiviti untuk kariah dan kemasyarakatan.

Menurut peserta JCM, Super – Khoo Hock Kin pula, sebenarnya Malaysia ni ada banyak budaya dan agamakan, jadi ia satu kelebihan. Justeru, jemputan JCM, so ini satu advantage la so selalalu kita ada macam buat sukan, dapat mengenali lebih mendalam lagi masing-masing.

Di penghujung program, JCM, seperti biasa, turut menyampaikan barangan keperluan asas kepada komuniti asnaf kariah.di sini.

Ini termasuk penyerahan 60 pek keperluan asas merangkumi, beras, minyak masak, tepung dan pelbagai barangan lain.

Semua barangan ini, adalah hasil sumbangan daripada Koperasi Angkasa.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments