Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAWanita UMNO perkasa usahawan PMKS melalui agensi berwajib

Wanita UMNO perkasa usahawan PMKS melalui agensi berwajib

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Sekretariat Pembangunan Ekonomi & Kewangan Wanita UMNO Malaysia telah mengambil tindakan dalam memperkasakan usahawan kreatif Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)  merangkumi kelompok wanita di luar bandar dan usahawan kecil membabitkan wanita UMNO khususnya melalui agensi-agensi di bawah kementerian-kementerian terbabit.

Pengerusinya, Datin Maizatul Akmam Alawi berkata agensi-agensi terbabit mencakupi  Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA, MATRADE, MARA dan TEKUN Nasional.

“Ini adalah inisiatif sekretariat demi membantu usahawanita dan peniaga kecil luar bandar. Dlm bual bicara hari ini, peserta mencakupi 180 orang dapat pencerahan dari beberapa agensi berkenaan dan peserta dapat berkenalan dengan individu berkenaan secara dekat”, katanya.

Katanya mengambil contoh Matrade, peserta hari ini dapat menerokai pasaran antarabangsa.

“Peserta didedahkan dengan banyak maklumat tentang pasaran di luar negara. Program khas pembangunan pengeksport Matrade, geran-geran yang didapati di Matrade dan faktor faktor yang dipertimbangkan,” katanya.

Selain itu, usahawan juga didedahkan dengan maklumat mengenai peluang dan geran bantuan pada usahawan dan pekebun kecil membabitkan agensi RISDA.

“Risda membantu menerusi model pembangunan keusahawan RISDA. Skim-skim di bawah Entry Point Project (EPP) dan skim-skim di bawah pengembangan Perusahaan dan pensijilan halal,” katanya.

Dalam pada itu usahawan juga boleh merebut peluang yang ditawarkan oleh MARA.

“Program Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat, MARA menawarkan ekosistem keusahawanan yang menyeluruh, kemudahan sokongan dan produk pembiayaan perniagaan di bawah MARA,” katanya.

Tekun Nasional pula melaksanakan Program TEKUNNita bertujuan membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan berkumpulan dengan mudah, cepat dan cekap untuk tujuan perniagaan.

Untuk rekod pada tahun 2022, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan yang melibatkan 1,264 usahawan wanita.

Sementara itu Ketua Wanita UMNO,  Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad berkata program ini boleh menjadi jambatan antara usahawan wanita dengan agensi agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan wanita.

Serentak itu juga, satu pameran Wanita Kreatif bakal diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung Khamis ini bertempat di WTC.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments