Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAWang umpama 'minyak pelincir' kepada amalan politik - Mukhriz Mahathir

Wang umpama ‘minyak pelincir’ kepada amalan politik – Mukhriz Mahathir

Peranan wang adalah seumpama ‘minyak pelincir’ kepada amalan politik di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir wang dilihat mampu membantu menggerakkan parti politik dalam menjalankan setiap aktiviti parti dan jika tiada wang, semuanya tidak akan bergerak.

Dakwa beliau, kewujudan dana politik yang banyak juga bukan hanya berlaku ketika musim pilihan raya malah ia berjalan berterusan dalam satu penggal pemerintahan.

“Seseorang boleh mengatakan bahawa sumbangan politik adalah satu bentuk kebebasan bersuara kerana orang yang anda sokong, ahli politik yang anda sokong, pasukannya, kedudukan yang anda sokong tetapi perlu ada lebih banyak ketelusan.

“Saya rasa sekiranya sumbangan dilakukan secara telus, mungkin beberapa persepsi negatif ini dapat diatasi. Tidak syak lagi wang mengalir seperti air dalam pilihan raya, saya tahu ia berlaku dan ia kerana ketidakcekapan peraturan,” katanya.

Mukhriz berkata demikian dalam webinar bertajuk ‘Money Politics: Financing Free And Fair Elections’ pada Sabtu.

Katanya lagi, dana politik juga membuatkan parti yang mempunyai lebih banyak wang dilihat berkedudukan lebih baik daripada parti yang tidak begitu banyak dananya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments