Selepas UMNO, Pas Perak turut menyatakan kesediaannya berdepan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pemimpin itu bertanding di negeri itu.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diinginkan.
Menurutnya, Pas Perak sudah pun bersedia dengan jentera pilihan raya mereka di semua peringkat.
“Sesiapa sahaja calon lawan kita bersedia dan kalau Anwar bertanding kebetulan di kawasan Pas kita bersedia untuk lawan.
“Dia nak bertanding mana itu dia punya suka tetapi untuk kita jentera sudah pun bersiap sedia di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh.
Terdahulu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bahawa Anwar dipelawa bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply