Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAUMNO tiada halangan Anwar bertanding di Perak

UMNO tiada halangan Anwar bertanding di Perak

UMNO Perak tiada halangan jika Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Perak.

Malah, menurut Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad maklumat awal mengenai kehadiran pemimpin utama PKR itu juga amat membantu parti itu dalam membuat persediaan.

“Malaysia ini sebuah negara demokrasi, di mana pun orang nak bertanding tak jadi masalah. Tak ada halangan di Perak dan kami tak boleh halang siapa-siapa nak bertanding pun.

“Tapi baguslah beritahu awal supaya kami boleh buat persiapan awal. Politik ini sangat dinamik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan terjejas ribut di daerah Manjung di Dewan Amanjaya Fasa 3A, di Manjung semalam.

Terdahulu Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bahawa Anwar dipelawa bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments