Friday, July 19, 2024
HomeBERITAVida bidas Aishah

Vida bidas Aishah

Belum lagi reda mengenai kehangatan pertelingkahan Dato’ Seri Vida dengan selebriti kontroversi, Azwan Ali kini berlarutan pula dengan isu terbaharu di antara juara Gegar Vaganza musim ke-4, Aishah (GV 4)

Sebelum ini, Vida dan Aishah pernah melalui situasi tegang berkaitan dakwaan berliau palsu yang diterima penyanyi berkenaan semasa diumumkan juara GV 4.

Namun kini sekali lagi perkara itu berbangkit apabila Aishah memuat naik entri yang seolah-olah menyindir seseorang berkenaan keikhlasan dalam memohon kemaafan.

Tidak lama kemudian Vida pula memuat naik entri di laman Instagramnya dan membidas kenyataan yang ditulis oleh Aishah.

Semalam sekali lagi Vida memuat naik entri di laman Instagramnya.

“Aduhaiii kau nak apa lagi wahai hamba Allah. Kes dah tutup dah settle. apa yang kau nak semua aku dah bagi.” tulis Vida.

Tambahnya, dia telah menuruti setiap permintaan dan kemahuan Aishah malah dia turut menyuruh Aishah untuk memilih sendiri barangan yang diingini.

Menurut Vida lagi dia hairan dan terkejut mengapa tiba-tiba Aishah mengungkit dan memperkatakan perkara yang lalu.

Di ruangan komen pula, netizen mula mempersoalkan mengenai perilaku Aishah malahan ada juga yang mengusik dengan mengatakan dua individu yang membuat masalah dengan Vida hanya ingin menumpang populariti Vida sahaja.

View this post on Instagram

Aduhaiii kau nak apa lagi wahai hamba Allah. Kes dah tutup dah settle. apa yang kau nak semua aku dah bagi. . Aku suruh kau pilih sendiri sampai kau puas hati. Ikut kendak.. Macam mana yang kau nak. Berlian sebiji sebiji tak pernah dibuat orang. Kalau orang lain la.. aku rasa..kalau dah org bagi pilih.. PILIHLA perhiasan yg bole pakai. ni..PILIH BERLIAN 1 BIJI 1 BIJI 1 KARAT. ADA TAK TOKe KEDAI BERLIAN 1 dunia ni bg BERLIAN LOOSE? Sekali cincin suami . aku bayar , aku turutkan saja janji kau puas hati . Janji aku boleh berbisnes dengan tenang dan semoga ada hikmah.. . . Tetibe? Ungkit balik. nak apa lagi? tak cukup lagi? Tak puah hati APO? AKU PULA KENA KEJI TAK HABIS HABIS.. . KO DA DAPAT APA KO NAK kan.. .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments