Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITANajib Razak gesa Mujahid letak jawatan

Najib Razak gesa Mujahid letak jawatan

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak menggesa Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meletak jawatan.

Gesaan ini disuarakan oleh Dato’ Seri Mohd Najib menerusi perkongsian di laman Facebook Najib Razak berikutan isu empat hotel milik Tabung Haji (TH) akan dipindah milik dan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

“Inilah gambar-gambar empat hotel TH yang telah dijual kepada Kementerian Kewangan.

Ini cerita benar. Pelik tapi ianya benar-benar berlaku di depan mata seluruh Rakyat Malaysia.

Kamu Menteri untuk Tabung Haji”, tulisnya di facebook.

Semalam, tular cerita bahawa 4 hotel Tabung Haji akan ditutup pada 1 April 2020.

“Sebagai Menteri Tabung Haji, kamu pun sahkan cerita itu dengan berkongsi blog dari penulis tidak diberi nama yang memberi alasan kenapa hotel-hotel tersebut terpaksa ditutup.

“Selepas teruk dikecam satu malam kerana Menteri Tabung Haji tak jalankan tanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjawab, kamu pun padamkan posting kamu yang sahkan hotel Tabung Haji akan ditutup.

“Lalu, Tabung Haji mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Menteri Tabung Haji salah!

“Hotel Tabung Haji tidak ditutup seperti disahkan Menteri Tabung Haji, kata Tabung Haji.

“Operasi akan diteruskan tetapi hotel-hotel akan dipindahmilik, diurus oleh Kementerian Kewangan dan tidak akan menggunakan nama Tabung Haji lagi (maknanya sudah jual).

“Kamu sebagai Menteri Tabung Haji disangkal oleh Tabung Haji sehingga kamu terpaksa padam posting rasmi sendiri pada masa aset-aset milik Tabung Haji dijual satu persatu

“Selepas disangkal oleh Tabung Haji, kamu sebagai Menteri Tabung Haji membisu.

“Kamu sebagai Menteri Tabung Haji patut letak jawatan serta-merta,” tulis beliau dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi miliknya.

Beliau turut mengkritik keras tindakan Mujahid yang membuat pengesahan dan perkongsian artikel yang ditulis oleh penulis blog (tanpa nama penulis) dengan menyatakan alasan kenapa hotel-hotel berkenaan perlu ditutup serta kesal dengan tindakan menteri terbabit membisu tanpa sebarang penjelasan dengan penjualan aset-aset milik TH.

Selepas menerima kecaman hebat dari warganet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama ini bertindak memadam perkongsian berkenaan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan TH dalam satu kenyataan rasmi menyangkal perkongsian info Ahli Parlimen Parit Buntar berkenaan.

Melihat kepada situasi panas yang menyebabkan rasa tidak senang dan kegusaran di kalangan rakyat, warganet mula menyerang dan meninggalkan komen keras di laman Facebook milik menteri terbabit.

Teringat pula kenyataan Mujahid sebelum ini yang berbunyi, “kerana nama saya Mujahid ialah seorang pejuang. Saya tidak akan berundur ke belakang!”

Ataupun mungkin cara pejuang yang bernama Mujahid ini mengamalkan politik songsang dengan berpegang kepada falsafah politik adalah seni untuk beliau mencari masalah, men’diagnos’ secara keliru, dan menerapkan solusi yang salah. Begitukah?

Jika benar, ini baru betul-betul dikatakan “political animal”.

— THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments