Friday, July 19, 2024
HomeBERITAVaksin virus cegah Influenza dikatakan berkurangan, Persatuan Perubatan Malaysia saran hospital swasta...

Vaksin virus cegah Influenza dikatakan berkurangan, Persatuan Perubatan Malaysia saran hospital swasta tumpu pada penjagaan sekunder dan tertier

Bekalan vaksin untuk pencegahan influenza daripada empat syarikat pembekal utama untuk klinik swasta didakwa berada di tahap kekurangan kritikal, demikian yang disampaikan oleh pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Menurut Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran, jika dibandingkan dengan hospital swasta, klinik swasta tidak diberi keutamaan untuk mendapatkan bekalan vaksin sekaligus menjadi punca kekurangan vaksin tersebut.

Doktor klinik swasta (GP) adalah yang terakhir menerima bekalan setiap kali berlakunya kekurangan bekalan vaksin, itu pun jika ketika itu stok vaksin masih ada.

Tambah Dr N Ganabaskaran dalam satu kenyataan, kebiasannya keutamaan diberikan kepada hospital awam terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan hospital swasta. Bakinya kepada kira-kira 7,000 GP yang lebih mudah diakses rakyat.

Dr Ganabaskaran menegaskan, hospital swastanya sepatutnya menumpukan pada penjagaan sekunder dan tertier selaras Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.

Tambahnya lagi, doktor di klinik swasta dianggarkan menerima 70 juta lawatan setahun dan 80 peratus pesakit berulang serta majoriti golongan berkeluarga. Oleh itu pembekal harus memberi keutamaan kepada mereka sebagai yang pertama bertemu pesakit dan lebih dekat dengan komuniti, namun realiti itu malangnya tidak berlaku.

Katanya, MMA berharap pembekal akan memainkan peranan lebih proaktif setiap kali berlaku peningkatan kes penyakit tertentu yang boleh diatasi oleh penjagaan primer.

Kemudahan akses penjagaan kesihatan akan meningkatkan kecekapan dan tahap perkhidmatan kesihatan di negara ini kerana keperluan pesakit harus diberi keutamaan.

Sistem fasiliti penjagaan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu primer, sekunder dan tertier.

Fasiliti kesihatan primer berfungsi menyaring kesihatan individu dan memberikan rawatan awal bagi penyakit kronik serta penyakit akut.

Fasiliti kesihatan sekunder dan tertier pula berfungsi memberikan rawatan lanjut kepada pesakit sekiranya rawatan yang diperlukan tidak dapat disediakan fasiliti kesihatan primer. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments