Beyonce berkongsi paparan video kolaborasi koleksi Ivy Park dan Adidas di laman Instagramnya.
Perkongsian beberapa video pendek di laman Instagram miliknya turut menampilkan personaliti Korea Selatan iaitu Lee Chae Rin atau nama pentasnya CL.
Dilaporkan, Beyonce akan bergabung bersama bekas ahli kumpulan K-Pop, 2NE1 iaitu CL menerusi koleksi terbaru yang bakal dikeluarkan pada 18 Januari ini.
Ivy Park dikenali sebagai jenama pakaian sukan yang diasaskan sendiri oleh penyanyi kelahiran Amerika yang popular menerusi lagu berentak R&B antaranya If I Were a Boy, Single Ladies, Baby Boy dan banyak lagi.
Jenama Ivy Park dan Adidas mula bekerjasama sejak 4 April 2019. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply