Friday, May 24, 2024
HomeBERITAGajet untuk kanak-kanak, adakah ianya selamat atau sebaliknya?

Gajet untuk kanak-kanak, adakah ianya selamat atau sebaliknya?

Tahukah anda kesan buruk yang boleh berlaku akibat anak kecil sering bermain gajet?

Sungguh mengkagumkan apabila kita melihat seorang kanak-kanak boleh menggunakan gajet dengan bijak dan pantas sama seperti anak kecil menyusu menggunakan botol susu. 

Mainan aksi, teka-teki dan blok tidak lagi mainan standard di kalangan kanak-kanak hari ini.

Penyelidikan yang dilakukan oleh pakar pendidikan kanak-kanak di Kumpulan Michael Cohen mendedahkan skrin sentuhan telah mengambil alih semua bentuk kegembiraan lain untuk kanak-kanak. 

Malah, 36% daripada kanak-kanak yang dibenarkan bermain gajet mempunyai peranti mereka sendiri yang dibelikan oleh ibu bapa.

Smartphone, tablet dan gajet berskrin sering menjadi pilihan ibu bapa terhadap anak-anak pada usia seawal beberapa bulan.

Ada yang beralasan, telefon pintar dapat ‘menjaga’ bayi semasa mereka sedang sibuk membuat kerja. Ada pula yang memberikan smartphone dengan harapan, ia mampu mengembangkan otak anak mereka dengan aplikasi dan game khas untuk bayi.

Namun, benarkah ianya bermanfaat untuk bayi dan anak kecil? Kami menyatakan beberapa sebab untuk anda katakan TIDAK KEPADA GAJET, SMARTPHONE atau TABLET!

GAJET TIDAK MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN OTAK

Tahukah anda, menurut satu kajian, smartphone atau gajet, tablet dan sebarang peranti skrin sentuh yang memaparkan rancangan, aplikasi atau permainan pendidikan khas untuk bayi langsung tidak memberi sebarang kesan kepada perkembangan otak bagi anak kecil di bawah umur dua tahun.

Persatuan Pediatrik Amerika juga mengeluarkan peraturan; menonton TV harus diterhadkan untuk bayi di bawah umur dua tahun.

Bukan sahaja ia tidak membantu dalam perkembangan otak, malah beberapa keburukan juga berpotensi untuk terjadi.

SMARTPHONE MENGHADKAN PENGGUNAAN DERIA RASA BAYI

Dengan menggunakan gajet bayi tidak dapat menggunakan semua deria dengan sepenuhnya.

Deria sentuhan juga akan terbatas. Mereka tidak dapat membezakan permukaan yang kasar, licin, lembut atau keras hanya dengan menggunakan skrin gajet.

Mereka juga tidak dapat mengenal jenis bau-bauan menggunakan gajet dan ini akan melambatkan perkembangan otak bayi.

Sebaliknya, jika anak anda didedahkan bermain blok kayu, patung-patung lembut, permainan masakan, ia akan merangsang minda anak anda dengan lebih aktif lagi kerana melibatkan semua deria.

BAYI TIDAK DAPAT BELAJAR INTERAKSI SOSIAL DENGAN LEBIH BAIK

Anak kecil lebih banyak belajar apabila bermain dan berbual dengan ibu bapa kerana mereka dapat mengenal lebih banyak ekspresi muka, emosi, vokabulari dan ia lebih berinteraktif berbanding bermain gajet secara bersendirian.

MENGGANGGU PROSES PERKEMBANGAN BAHASA BAYI

Daripada satu kajian yang dilakukan, televisyen yang dihidupkan walaupun hanya sebagai bunyi latar di ruang tamu dapat melambatkan proses perkembangan bahasa kanak-kanak!

Secara normalnya, ibu bapa akan bercakap lebih kurang 940 perkataan dengan anak kecil mereka.

Tetapi, apabila televisyen dihidupkan, ibu bapa kurang bercakap dan jumlah perkataan yang diucapkan kepada anak mereka jatuh kepada 770 sahaja.

Kurang perkataan akan melembapkan perkembangan vokabulari si kecil dan melambatkan kebolehan si kecil untuk fasih bercakap.

Pakar psikologi menasihatkan agar ibu bapa perlu banyak berbual dengan anak kecil mereka sekerap yang boleh tentang apa sahaja topik ataupun perbualan.

Membaca buku untuk anak sebelum tidur adalah aktiviti yang sangat disarankan kerana mereka dapat mempelajari perkataan baru dengan lebih cepat dengan sebutan yang tepat.

MENYEBABKAN ANAK MEMBESAR DENGAN TIDAK AKTIF

Bermain permainan game pada gajet tidak memerlukan anak kecil bergerak dan bergerak aktif kerana semuanya sudah ada di depan mata.

Perkara ini tidak elok kerana ia dapat menganggu tumbesaran anak anda akibat kurangnya penggunaan sensorimotor dan otot-otot terutamanya bahagian sendi jari-jemari, kaki dan lutut.

MENGGANGGU PERKEMBANGAN SARAF OTAK BAYI

Perkembangan yang tidak aktif dan abnormal akibat bermain gajet terlalu kerap boleh merosakkan saraf otak dan merencatkan kebolehan anak kecil bergerak secara normal.

Menurut seorang pakar pskiatri kanak-kanak, anak kecil boleh menggunakan telefon pintar tetapi TIDAK BOLEH lebih daripada 10 minit dan jangan tinggalkan mereka bersama telefon pintar bersendirian. Berinteraksilah dengan mereka.

MENYEBABKAN PERKEMBANGAN OTAK ANAK KECIL MENJADI PASIF

Apabila kanak-kanak bermain gajet, mata  mereka tidak aktif bergerak dan hanya tertumpu pada satu tempat. Fokus mata mereka juga hanya tertumpu untuk benda yang dekat .

Ini akan menyebabkan pandangan mereka tidak luas. Akibatnya perkembangan otak juga tidak aktif.

Deria penglihatan bayi harus dirangsang dengan cara merangsang urat saraf mata ke otak untuk perkembangan otak yang berkesan. Ibu bapa boleh membawa mereka bersiar-siar, melihat sesuatu yang tinggi seperti layang-layang, melatih fokus mata melihat benda jauh dan dekat, atau melihat kiri dan kanan.

Walaupun dengan penggunaan telefon pintar, gajet, tablet mahupun apa sahaja jenis peranti, seorang bayi atau kanak-kanak masih dapat mempelajari warna-warna, pelbagai bentuk serta objek tertentu, ia tidak se-efisien apabila berinteraksi dengan dunia sebenar. Mengapa anda ingin menyogok anak kecil anda dengan dunia digital yang terhad sedangkan mereka boleh membesar dengan persekitaran lebih nyata?

Anak kecil anda perlu lebih banyak mengenali dunia realiti bukannya permainan game yang berbentuk fantasi berasaskan kemajuan teknologi komunikasi terkini yang tiada batas dan sempadannya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments