“Usah menangguk di air keruh, tekan Perdana Menteri” – Senator Zahid Md Arip

0
Senator Muhammad Zahid Md Arip, Ahli Dewan Negara mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang juga Ahli Dewan Negara Senator Muhammad Zahid Md Arip hari ini menyelar tindakan beberapa pihak yang beliau ibarat seolah menangguk di air keruh dengan menekan YAB Perdana Menteri mengugurkan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai anggota kabinet dengan mengantikannya dengan individu lain.

“Saya menyeru semua pihak agar tidak menangguk di air keruh dengan menekan YAB Perdana Menteri untuk mengugurkan beliau serta melantik orang itu dan ini” ujar Zahid Md Arip dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir berpendapat, soal pembentukan dan penyusunan Kabinet merupakan hak mutlak Perdana Menteri.

“Parti-parti yang menganggotai kerajaan boleh berunding dengan Perdana Menteri, akan tetapi dalam soal pembentukan dan penyusunan Kabinet, ianya merupakan hak mutlak Perdana Menteri
yang harus dihormati oleh semua pihak”

Zahid turut berpandangan bahawa Ahli Parlimen Ampang tersebut masih berstatus seorang anggota kabinet sehingga beliau bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan soal peletakan jawatannya.

“Zuraida mengumumkan hasratnya untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan soal peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet.

“Ini bermakna, beliau masih lagi seorang anggota Kabinet dan masih menjadi penyokong kepada kerajaan yang sedia ada” ujar Zahid lagi.

Terdahulu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan memaklumkan beliau akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet bagi menggantikan tempat Datuk Zuraida Kamaruddin memandangkan kedudukan Zuraida sebagai menteri adalah atas kuota parti itu.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dalam satu kenyataan menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi berkompromi kepada mana-mana melompat kemudian kekal jawatan menteri Kabinet.

Katanya, ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

“Ramai lagi ahli Parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Menteri yang dipegang oleh Zuraida,” jelas Zahid Hamidi

Leave a Reply