PBM bakal miliki 5 Ahli Parlimen?

0

Parti Bangsa Malaysia bakal dianggotai lima Ahli Parlimen.

Ia sebaik keputusan Ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menyerahkan borang permohonan kepada PBM setelah mengisytiharkan keluar daripada parti Bersatu.

Menurut sumber, selain Datuk Zuraida, Ahli Parlimen Kuala Langat YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar turut bakal menganggotai PBM.

“PBM bakal miliki 5 Ahli Parlimen, Selain Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida, YB Xavier juga akan bersama PBM. Manakala seorang lagi kekal rahsia, jumlah semuanya lima laa”, kata sumber ketika dihubungi The Malaya Post.

Dalam pada itu, pihak kami cuba mendapatkan pengesahan Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkenaan perkara itu bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya terima permohonan YB Datuk Zuraida, yang lain saya tak nak komen, kita tunggu penyerahan borang dari YB berkenaan dulu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaya Post.

Dalam perkembangan sama, Nor Hizwan dalam satu kenyataan mengesahkan telah menerima borang permohonan daripada Datuk Zuraida siang tadi.

Katanya PBM amat berbangga dan teruja dengan perkara itu memandangkan Datuk Zuraida adalah seorang Ahli Parlimen yang berdedikasi, berwibawa dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang sebagai pemimpin yang dekat kepada rakyat di akar umbi.

“Pada hari ini, pejabat Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia telah menerima borang permohonan menyertai Parti Bangsa Malaysia
daripada YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Bagi pihak Parti Bangsa Malaysia, kami amat berbangga dan teruja dengan perkara ini memandangkan beliau merupakan seorang Ahli
Parlimen yang berdedikasi, berwibawa dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang sebagai pemimpin yang dekat kepada rakyat di akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya permohonan ini akan melalui proses sewajarnya iaitu melalui perbincangan bersama Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dan keputusan permohonan tersebut akan dimaklumkan sejurus selepas
itu.

“Perkara ini mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa enam teras perjuangan yang dibawa oleh Parti Bangsa Malaysia yang berbilang kaum ini terus mendapat sambutan dari pelbagai peringkat rakyat di negara ini dan menambah semangat kami dalam membina momentum untuk terus bekerja keras demi Bangsa Malaysia,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply