Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAPlatform enjin carian perlu kena cukai

Platform enjin carian perlu kena cukai

Melaka, 29 Mei 2022 – Sudah tiba masanya kerajaan mengenakan cukai kandungan terhadap platform enjin carian bagi memastikan keuntungan yang diraih dikembalikan kepada penyedia media tempatan.

Menurut Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia), Mohamad Azlan Jaafar, cukai itu bertepatan dengan kerja keras dan kos yang ditanggung oleh media tempatan dalam menghasilkan kandungan.

Jelasnya, mekanisme itu juga bukan satu perkara baharu, malah telah dilaksanakan oleh beberapa buah negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) seperti Australia dan Perancis.

“Sudah tiba masanya kerajaan mengenakan cukai untuk memaksa platform enjin carian seperti Google yang mengaut keuntungan mudah daripada platform itu membayar balik kepada penyedia kandungan tempatan.

“Australia contohnya telah melaksanakan perkara yang sama dan saya kira Malaysia pun kena fikirkan, kalau kita nak ada industri media yang melonjak serta boleh banggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Media Nasional sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 yang berlangsung di sebuah hotel di Banda Hilir hari ini.

Forum bertajuk Kewartawanan Era Revolusi Industri Keempat: Cabaran dan peluang itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI), Datuk Seri Abd. Jalil Hamid; Pengarah Editorial Free Malaysia Today (FMT), Jasbant Singh Partap Singh dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini.Com, Premesh Chandran.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelaksanaan cukai itu juga dilihat mampu membantu syarikat-syarikat media tempatan dalam pengurusan kos penyediaan kandungan.

“Pada hari ini, cabaran dihadapi oleh syarikat media bukan sahaja daripada segi menyediaan kandungan berkualiti tetapi pendapatan untuk bertahan dalam suasana yang semakin getir.

“Sejak tahun 2004 di Amerika Syarikat (AS), 1,800 akhbar telah ditutup. Siapa nak sertai industri yang bergelut untuk memastikan pada 25 haribulan akan ada gaji kepada kakitangan?,” ujarnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments