Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPM cadang penubuhan Persatuan Wartawan Malaysia

PM cadang penubuhan Persatuan Wartawan Malaysia

MELAKA, 29 Mei 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sudah tiba masa golongan wartawan perlu bersatu dibawah naungan sebuah persatuan khusus yang mewakili media cetak, media elektronik dan media Internet di Malaysia.

Ia bagi memastikan etika kewartawanan dipelihara, profesion kewartawanan di perkasa dan kebajikan wartawan dijamin.

“Bolehlah persatuan ini dinamakan Persatuan Wartawan Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Tambah Dato’ Seri Ismail Sabri, ia bagi mengangkat kewartawanan sebagai profesion yang mulia dan dihormati, bakal wartawan perlu mendapat secukupnya latihan formal dalam membentuk kepakaran, tanggungjawab dan integriti.

Katanya wartawan yang dilatih akan  mempunyai integriti, mendukung etika sertaber objektif dalam menghasilkan laporan mereka untuk masyarakat.

“Sebab itulah, saya melihat pentingnya wartawan
mendukung etika kewartawanan kerana sebagai golongan yang berpengaruh, wartawan perlu mempunyai etika profesion yang dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas dengan berdisiplin dan bertanggungjawab ke arah memartabatkan profesionalisme kewartawanan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyarankan supaya satu inisiatif dimulakan ke arah menubuhkan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia.

“Pusat kajian ini boleh mengumpul data rujukan
melibatkan semua bentuk kajian yang dilakukan ke arah memantapkan disiplin kewartawanan di Malaysia. Ia juga boleh melibatkan interaksi dengan pelbagai bidang kemasyarakatan lain merentasi konteks budaya yang berbeza.

“Saya berharap pusat tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan akademik dan penyelidik menjalankan kajian sejarah serta perjalanan bidang kewartawanan di Malaysia dan juga di Nusantara.

Jelasnya bagi tujuan ini, amat sesuai jika Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia itu diwujudkan di Melaka, dengan mengambil kira sejarah tempat bermulanya perkembangan dunia kewartawanan.

“Pada hari ini, sukacita saya umumkan kelulusan
peruntukan sebanyak RM 1 juta kepada ISWAMI untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya bagi mengukuhkan hubungan media Malaysia-Indonesia serta negara-negara jiran lain yang sudah terjalin sekian lama,” katanya.

Jelasnya Media Malaysia dan Indonesia perlu berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Diharapkan, dengan peruntukan ini, ISWAMI dapat
merancang program kerjasama media kedua-dua negara seperti pertukaran wartawan, seminar, forum, bengkel dan webinar yang berupaya meningkatkan ilmu para pengamal media, selain menjadi jambatan dalam isu-isu berkepentingan bersama.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments