Afdlin, Hans dan Altimet kecundang pemilihan PKR

0

Pemilihan PKR 2022 menyaksikan tiga artis popular tanahair kecundang dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang yang berlangsung hari ini.

Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki kecundang dalam pemilihan bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa yang mana ia dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin memperoleh 372 undi.

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac dan Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau turut tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, memperoleh 609 undi sementara Altimet, sekadar memperoleh 589 undi berbanding pemenang Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Difahamkan ketiga-tiga artis berkenaan direkrut sendiri oleh Presiden Parti PKR , Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dengan harapan untuk menarik sokongan anak muda dan peminat seni terhadap perjuangan parti tersebut.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply