Kamal Haasan datang KL, promosi filem terbaru

0

Pelakon veteran dari India, Kamal Haasan, 67 tahun tiba di Kuala Lumpur semalam bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya.

Filem yang diberi judul Vikraam itu dilaporkan akan menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh negara bermula 3 Jun nanti.

Siang tadi, hero pujaan ramai itu ketika hadir ke NU Sentral Kuala Lumpur turut mempamerkan auranya yang tersendiri apabila berjaya mengumpul beribu peminat tempatannya.

Dilaporkan jalan di kawasan sekitar NU Sentral pada tengah hari tadi sesak dengan peminat-peminat hero kelahiran Paramakudi, India itu.

Rata-rata orang ramai juga turut teruja untuk menyaksikan secara dekat hero lama itu disamping tidak sabar untuk menyaksikan filem terbarunya.

Menurut beberapa portal filem antarabangsa, Filem Vikraam ketika ini merupakan filem yang paling dinanti dan berada pada tangga teratas pencarian di beberapa laman sesawang filem seluruh dunia.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply