Friday, July 19, 2024
HomeBERITADa'i Syed dibebas dan dilepaskan dari tuduhan cabul dan seks luar tabii...

Da’i Syed dibebas dan dilepaskan dari tuduhan cabul dan seks luar tabii pelajar kolej

Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melibatkan kes bersetubuh secara luar tabii serta mencabul seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.

Mengikut fakta kes pada 10 Disember 2020, Da’i Syed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun, di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, Petaling Jaya antara jam 3 hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala, bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments