FELCRA sasar bantu perkukuh industri penternakan dan pertanian negara

0

Kuala LIPIS, 31 Mei 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar terus mengiktiraf FELCRA Berhad dengan menyalurkan sejumlah RM59.64 juta peruntukan geran dalam Rancangan Malaysia ke 2.

Timbalan Menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamed  berkata ia bagi melaksanakan Projek Ternakan Ayam Padaging Sistem Tertutup yang akan dilaksanakan di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, Pahang.

“Projek ini telah ongoing dengan kerja-kerja kerja-kerja pembersihan tapak dan menyediakan jalan masuk. Seterusnnya, kerja-kerja pembinaan diijangka akan bermula pada Jun 2022.

Katanya proses pembinaan ini adalah merupakan tugasan yang rumit dengan pelbagai prosedur dan SOP yang perlu dipatuhi.

Ia dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2023.

“Projek ini merupakan idea strategik dan komitmen FELCRA Berhad untuk mengadaptasi pengalaman dan strategi untuk melaksanakan Projek Ternakan Ayam. Projek Mega Makanan Negara ini akan membuka 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dijangkakan, penternakan mega ini akan berjaya menghasilkan 600 ribu ekor ayam per pusingan atau dalam setiap 35 hari.

“Bukan sahaja rakyat Malaysia yang bergantung kepada ayam sebagai sumber protein malahan keseluruhan rakyat dunia memang penggemar ayam serta kekurangan sumber bekalan ayam sering menjadi isu terutama ketika musim perayaan. Saya doakan semoga inisatif yang diambil oleh KPLB melalui FELCRA Berhad ini akan berjaya dan mampu menampung bekalan negara,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

Leave a Reply