Friday, May 24, 2024
HomeBERITAJaPen pelawa orang ramai sertai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022

JaPen pelawa orang ramai sertai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022

PUTRAJAYA, 31 Mei 2022  Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ingin mempelawa orang ramai untuk menyertai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 yang dibuka mulai 1 hingga 30 Jun 2022.

Pertandingan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:

a.           Kategori Murid Sekolah (berumur 15 hingga 17 tahun) yang sedang menuntut di sekolah menengah kerajaan / swasta; dan

b.      Kategori Terbuka (warganegara Malaysia) berumur 18 tahun dan ke atas.

Sejumlah RM19,000.00 hadiah ditawarkan kepada pemenang bagi setiap kategori iaitu:

     i.        Johan                              – RM2,500.00, trofi dan sijil

    ii.        Naib Johan                     – RM1,500.00, trofi dan sijil

   iii.        Ketiga                             – RM1,000.00, trofi dan sijil

  iv.        Keempat dan Kelima   – RM750.00 dan sijil (setiap seorang)

   v.        Sagu hati (10 orang)    – RM 300.00 dan sijil (setiap seorang)

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menyertainya secara dalam talian (online) dengan mendaftar di Aplikasi Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 iaitu www.aseanquiz2022.com.my atau www.kuizasean.penerangan.gov.my yang boleh diakses terus oleh para peserta sepanjang masa (24 jam) dengan menggunakan gajet persendirian bermula 1 hingga 30 Jun 2022.  Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran kuiz ini boleh menghubungi talian 03-8911 4947 / 4946 / 7462 atau dengan melayari Facebook rasmi “IRDivision” atau “Jabatan Penerangan Malaysia”.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments