48 tahun BN: Kestabilan dan kesetiaan

0

Oleh : Dato’ Tun Faisal Ismail Aziz

Alhamdulillah, hari ini kita dapat menyambut ulang tahun BN ke48 dgn semangat luar biasa kepimpinan dan ahli2 BN. Ini tergambar jelas di dalam Dewan Merdeka tadi.

Ucapan PM, DS Ismail Sabri membuktikan bahawa BN sejak mengambil alih kerajaan drpd Pakatan Harapan merupakan komponen penting dlm pembentukan kerajaan sedia ada. Peranan pemimpin BN penting ketika negara bergelut dgn pandemik Covid19 dan meyakinkan ketika membawa keluar negara dari kemelut ketidak stabilan politik yang menggugat negara seterusnya membawa rakyat melalui fasa peralihan endemik secara berhati2 tetapi pasti.

Tema Kestabilan dan Kesetiaan kena pada ketikanya, kerana di bawah kepimpinan DS Ismail Sabri, kestabilan politik dicapai melalui permuafakatan politik yg belum pernah berlaku sepanjang 65 tahun kemerdekaan negara dan melaluinya negara dapat dibawa keluar ke fasa peralihan endemik dan pemulihan sosial dan ekonomi. Dan selepas 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, saya yakin rakyat sendiri boleh menilai bahawa BN masih parti yang terbaik dalam soal pentadbiran negara dan menjaga kebajikan rakyat. BN tidak berjanji bulan bintang atau menggula2kan pengundi dengan janji populis yg tidak boleh ditunaikan, sebaliknya berjanji perkara yg boleh dilaksanakan dan ditunaikan mengambil kira kemampuan negara.

Kesetiaan juga penting, kerana selepas mengharungi 22 bulan penuh kesengsaraan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, 17 bulan kesukaran memerangi pandemik COVID-19 dan mengharungi kekacauan politik, hanya yang setia dan cekal sahaja akan kekal bersama parti untuk meneruskan dan mempertahan prinsip2 perjuangan parti. Yang tidak setia sudah hilang entah ke mana2.

BN bukan parti sempurna. Sudah tentu ada kelemahan di sana sini dan dalam kalangan pemimpin tertentu. Dalam kes saya, saya sendiri telah dihukum secara tidak adil oleh pihak tertentu. Tetapi soal peribadi harus dibezakan dari soal parti dan dasarnya. Saya tetap menjunjung prinsip kesetiaan ini selagi prinsip dan dasar parti kekal. Biarpun telah dihukum secara tidak adil, kesetiaan saya kpd parti dan perjuangan tidak tergugat. Bagi saya, penentangan saya terhadap pemimpin tertentu adalah ketika prinsip dan dasar parti dilanggar, dan ia bukan penentangan terhadap batang tubuh dan bersifat peribadi. Selepas semuanya selesai dan prinsip2 serta dasar ini dipegang kembali, saya sudah tiada sebab menentang mereka lagi. Bagi saya ini bukan soal peribadi, tetapi hanya berkaitan prinsip dan dasar parti. Yang baik untuk perjuangan dan parti, insyaAllah saya boleh sokong dan dukung sepenuh hati.

Selamat menyambut ulangtahun ke-48 BN, semoga BN terus diberi mandat memimpin dan mentadbir negara ini. Semoga BN terus cemerlang dalam mengangkat kedudukan negara, menjaga kebajikan rakyat dan mempertahan prinsip2 yang menjadi asas keharmonian dan kesatuan negara ini.

DATO’ TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN PUTRAJAYA MERANGKAP SETIAUSAHA AKHBAR MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

Leave a Reply