Thursday, May 23, 2024
HomeBERITA Disney+ sokong, angkat cerita berkenaan LGBT sempena bulan "PRIDE"

[EKSKLUSIF] Disney+ sokong, angkat cerita berkenaan LGBT sempena bulan “PRIDE”

Sempena bulan “PRIDE” yang disambut golongan LGBTQIA+ pada bulan Jun di seluruh dunia, Disney+ hari ini mengumumkan akan terus menyokong dan menyiarkan lebih banyak kandungan dan cerita berkaitan golongan tersebut.

Perkara itu dinyata Disney dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Disney+ malam tadi.

“Pada bulan ini dan seterusnya, Syarikat The Walt Disney berdiri bersama komuniti LGBTQIA+ dan sekutunya dengan berbangga menyokong penceritaan yang inklusif, pelbagai dan tulen” jelas Disney di laman sosial facebook Disney+

Sumber: Facebook Disney+

Menurut Disney+ lagi, mereka akan terus komited memaparkan lebih banyak kandungan dan memperjuang kepentingan golongan LGBTQIA+.

“Hari ini dan seterusnya, kami komited untuk membayangkan semula hari esok dengan memaparkan lebih kandungan LGBTQIA+ serta memperjuangkan kepentingan komuniti ini dengan tepat dalam media dan hiburan,” menurut kenyataan Disney di FB.

Turut di promosi tajuk filem dan drama yang berkaitan golongan itu.

“Sertai kami dalam meningkatkan suara, bakat dan kandungan LGBTQIA+ dengan Koleksi Pride baharu kami di Disney Plus, termasuk tajuk masuk seperti Trevor The Musical On Disney Plus dan LoveVictor, serta pengaktifan tambahan akan datang,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk rekod LGBT atau kini dinamakan LGBTQIA+ adalah akronim merujuk secara kelompok kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual.

Hasil tinjuan wartawan The Malaya Post di aplikasi penstriman Disney+ Hotstar Malaysia mendapati dua tajuk yang di promosi iaitu Trevor The Musical On Disney Plus dan LoveVictor tidak di tayangkan di aplikasi tersebut.

Namun, filem Better Nate Than Ever yang mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mempunyai kecenderungan ke arah LGBTQIA+ dan drama bersiri Glee yang di paparkan di dalam poster sambutan PRIDE Disney+ ada di tayangkan di aplikasi penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Filem Better Nate Then Ever dan Drama Glee di Disney+ Hotstar Malaysia
Filem Better Nate Then Ever di Disney+ Hotstar Malaysia. https://www.hotstar.com/my/1260089997

The Walt Disney Company telah melancarkan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021 di Malaysia.

Perkhidmatan itu menyajikan jenama filem-filem pecah panggung serta ikonik termasuk daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic serta karya hit dari Asia dan Malaysia.

The Walt Disney Company Southeast Asia Pte Ltd telah melantik Datuk Ahmad Izham Omar sebagai Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif bagi perkhidmatan ‘streaming’ Disney Plus pada bulan November 2020.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments