Johnny Depp menang saman fitnah terhadap Amber Heard, peroleh ganti rugi 15 juta USD

0

Prosiding kes saman fitnah yang penuh dramatik membabitkan pelakon dan selebriti popular Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard.

Sebentar tadi, pada Rabu, tujuh juri sebulat suara memutuskan bahawa Depp telah berjaya dalam saman fitnah terhadap bekas isterinya Heard.

Susulan itu mahkamah memerintahkan Heard agar membayar ganti rugi sebanyak 10 juta USD ditambah ganti rugi punitif sebanyak 5 juta USD kepada bekas suaminya.

Manakala Heard, memenangi satu daripada tiga tuntutan saman balas terhadap Depp dan peroleh ganti rugi 2 juta dolar USD.

“Tuduhan palsu, sangat serius dan jenayah telah dikenakan kepada saya melalui media, yang mencetuskan berangkaian kandungan penuh kebencian yang tidak berkesudahan, walaupun tiada pertuduhan pernah dikenakan terhadap saya,” kata Depp dalam satu kenyataan.

“Ia telah mengembara ke seluruh dunia dua kali dalam masa nanosaat dan ia mempunyai kesan seismik pada hidup saya dan kerjaya saya dan enam tahun kemudian, juri memberikan saya hidup saya kembali. Saya benar-benar rendah diri.”

Amber Heard didapati bertanggungjawab kerana memfitnah Johnny Depp dalam laporan yang diterbitkan dalam Washington Post, dan Depp didapati bertanggungjawab terhadap kenyataan peguamnya yang dibuat kepada Daily Mail yang menggelar dakwaannya sebagai penipuan.

Juri memberitahu Hakim Penney Azcarate bahawa mereka mencapai keputusan pada awal petang, tetapi pembacaan keputusan itu ditangguhkan supaya mereka boleh mengisi jumlah anugerah kewangan pada borang juri.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply