Sunday, October 20, 2024
HomeBERITATun Dr S Samy Vellu meninggal dunia

Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 15 September – Bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini kira-kira jam 7 pagi tadi.

Bekas Menteri Kerja Raya itu meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Berita menyedihkan itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau.

“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari.

“Takziah kepada Toh Puan, Datuk Seri Vell Paari dan seluruh ahli keluarga atas kematiannya. Beliau menjalani sepenuhnya kehidupan yang mulia dan pergi dengan penuh penghormatan serta penghargaan,” katanya.

Mengenang jasa mendiang, Dr Subramaniam yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, Samy Vellu memberi sumbang besar terhadap negara dan masyarakat India.

Antara sumbangan besar mendiang adalah mewujudkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Universiti AIMST dan Kolej Tafe.

“Justeru sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingat kami,” katanya.

Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.

Beliau mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun, antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.

Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi dari 1978 hingga 2008.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments