Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPemergian Samy Vellu, negara kehilangan seorang pemimpin hebat - PM

Pemergian Samy Vellu, negara kehilangan seorang pemimpin hebat – PM

KUALA LUMPUR, 15 September – Negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat setelah bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mendiang Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu.

Kita kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Tun Samy Vellu yang selama ini dianggap sebagai bapa penyatuan kepada masyarakat India.

“Kita lihat Tun Samy Vellu sewaktu menjadi Presiden MIC berjaya menyatupadukan masyarakat India di Malaysia dan memperjuangkan masyarakat India dari segi ekonomi dan sebagainya, maka negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat seperti Tun ini,” ciapnya di Twitter.

Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments