Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAKerajaan tidak berdiam diri jika harga barang naik - Annuar Musa

Kerajaan tidak berdiam diri jika harga barang naik – Annuar Musa

MELAKA, 15 September – Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa menegaskan kerajaan tidak berdiam diri jika harga barang meningkat sebaliknya, berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat.

Beliau berkata, harga barangan dalam negara masih terkawal dan rendah jika dibandingkan negara jiran, hingga timbul masalah penyeludupan apabila harga barangan di Malaysia lebih murah.

Justeru, kerajaan akan terus meningkatkan kawalan di sempadan untuk memastikan barangan dari Malaysia tidak diseleweng ke negara jiran, katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menyangkal tuduhan bahawa ia telah gagal melaksanakan tugas mengawal kenaikan harga barang sehingga timbul cadangan untuk membubarkannya.

Tan Sri Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini.

Katanya, pasukan itu tidak akan dibubarkan sebaliknya, terus bekerja keras untuk memastikan harga barangan dapat dikawal seterusnya membantu rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

“Misalnya harga minyak masak turun 40 sen, harga ayam turun…rakyat tetap merasa (penurunan harga). Pasukan ini tidak akan dibubar, banyak lagi kerja kita. Hal berkaitan polisi monetari negara bukan di bawah kuasa pasukan khas ini atau Kabinet, sebaliknya ditentukan jawatankuasanya sendiri (Jawatankuasa Dasar Monetari).–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments