Sunday, June 16, 2024
HomeBERITATujuh kes baharu Kluster Tawar, 2 kes baharu Kluster Sala

Tujuh kes baharu Kluster Tawar, 2 kes baharu Kluster Sala

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat tujuh kes baharu Kluster Tawar membabitkan empat kes di Kedah dan tiga kes di Pulau Pinang.

Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes.

Kesemua kes baharu ini adalah generasi ketiga dan sehingga jam 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah disaring dalam kluster ini.

Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut :

1) Kedah (918 disaring) :

– 39 kes dikesan positif COVID-19;

– 655 individu negatif; dan

– 224 individu masih menunggu keputusan.

2) Pulau Pinang (208 disaring) :

– 7 kes dikesan positif COVID-19;

– 175 individu negatif; dan

– 26 individu masih menunggu keputusan.

3) Perak (9 disaring) :

– Tiada kes dikesan positif COVID-19;

– 8 individu negatif; dan

– 1 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

STATUS TERKINI KLUSTER SALA

KKM turut melaporkan dua lagi kes baharu yang direkodkan dalam kluster ini menjadikan jumlah positif sebanyak enam kes.

Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 273 orang telah disaring dalam kluster ini.

Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut :

1) Kedah (269 disaring) :

– 6 kes dikesan positif COVID-19;

– 214 individu negatif; dan

– 49 individu masih menunggu keputusan.

2) Pulau Pinang (4 disaring) :

– Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan

– 4 individu negatif

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments