Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAIngkar PKP, 44 direman, 242 dikompaun

Ingkar PKP, 44 direman, 242 dikompaun

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksana 64,802 pemeriksaan semalam (16 Ogos) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kira-kira 5,032 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,259 anggota telah membuat pemantauan di 4,057 pasar raya, 5,917 restoran serta 1,355 penjaja, 1,602 kilang, 3,563 bank dan 955 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,448 terminal pengangkutan darat, 322 terminal pengangkutan air serta 122 terminal pengangkutan udara.

Dalam operasi pematuhan terbabit, PDRM telah menahan 286 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu, seramai 44 individu telah direman manakala 242 individu pula dikenakan kompaun.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (34), premis beroperasi lebih masa (4), tidak memakai pelitup muka (35), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (213).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments