Saturday, May 18, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 17 pulih, 12 kes baharu

COVID-19 : 17 pulih, 12 kes baharu

12 kes baharu positif COVID-19 membabitkan dua kes import dan 10 kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,212 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 17 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,876 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 211 orang manakala lapan orang berada di ICU dan dua memerlukan bantuan alat pernafasan direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments