Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAIngkar PKP, 235 individu ditahan

Ingkar PKP, 235 individu ditahan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksana 64,987 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kira-kira 4,824 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 17,047 anggota telah membuat pemantauan di 4,142 pasar raya, 5,818 restoran serta 1,640 penjaja, 1,622 kilang, 3,849 bank dan 916 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,587 terminal pengangkutan darat, 378 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara.

PDRM telah menahan 235 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu, seramai 15 individu telah direman manakala 220 individu pula dikenakan kompaun.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran (15), gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk (26), premis beroperasi lebih masa (12), tidak memakai pelitup muka (16), gagal melunaskan bayaran kuarantin (1) serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (165).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments