Bermula 24 Julai sehingga 15 Ogos, kira-kira 11,384 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 57 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah, dan Labuan.
Daripada jumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 4,295 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.
Kesemua mereka pulang dari 11 negara iaitu Bangladesh, Singapura, Iran, UAE, Qatar, Australia, Filipina, Turki, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan 405 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine) dan kesemua individu yang dikuarantin mematuhi SOP yang ditetapkan.
PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply