Tok Mat terima kunjungan hormat Duta Afghanistan ke Malaysia

0

KUALA LUMPUR 20 September – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat dari Duta Afghanistan ke Malaysia TYT Dr. Moheb Rahman Spingar di Tingkat 8 Menara Dato’ Onn hari ini.

Hadir sama pegawai kedutaan Afghanistan ke Malaysia.

Memetik kenyataan ringkas Datuk Seri Mohamad atau Tok Mat di Facebook rasminya, beliau berkata dalam pertemuan itu beliau telah mendengar dan menginsafi kisah sebuah negara yang dijajah dan berhadapan kancah peperangan selama lebih 40 tahun, akibat perpecahan sesama sendiri.

“Mendengar dan menginsafi kisah sebuah negara yang di jajah dan didalam kancah peperangan selama lebih 40 tahun, akibat perpecahan sesama sendiri,” kata Datuk Seri Mohamad di Facebook.

Semoga Malaysia kekal aman dan damai.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply