Dapur TMP: Imbau kenangan dengan kuih tradisional

0

Masih ingatkah lagi anda akan sejenis pemanis mulut tradisional bernama kuih dangai?

Pasti kecur mulut apabila mengingatkan keenakannya yang diperbuat dari kelapa parut, lemak manis masin dan sungguh memikat selera.

Ia dikatakan berasal dari negeri bahagian utara semenanjung Malaysia.

Teringat pula kenangan menikmati hidangan minum petang ini bersama nenek dan atuk di tepi bendang suatu ketika dahulu, tak begitu?

Kepada anda yang rindukan kuih ini, eh tak jumpa pula di gerai berdekatan, jom kami kongsi resepi dan kaedah menyediakan kuih dangai ini.

Bahan-bahannya:

3 mangkuk kelapa parut putih.

1 mangkuk tepung pulut.

1/3 mangkuk gula pasir / ikut selera.

1/2 camca teh garam halus.

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan.

2. Masukkan tepung pulut, gaul rata bersama kelapa parut. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.

3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai (acuan ada dijual di premis barangan dapur) pada suhu 160C selama 10 minit.

4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.

5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.

6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, tetapi tidak perlu ditekan terlalu kuat. Tujuannya agar kuih tidak pecah berderai apabila dikeluarkan nanti.

7. Bakar dalam ketuhar dengan menggunakan api sederhana selama kira-kira 30 minit atau hingga kekuningan.

Mudah juga kan?  Mari kita mengimbau kenangan suatu ketika dahulu dengan hidangan hasil air tangan sendiri buat anak-anak generasi kini agar mereka kenal hidangan istimewa ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply